SEJARAH SEKOLAH
Cita-cita untuk mewujudkan sebuah institusi pendidikan di Kampong Pauh Sembilan ini mulai berakar umbi semenjak Perang Dunia Ke Dua meletus. Orang yang mula-mula mencetuskan idea besar ini ialah Che Ismail bin Mamat. Beliau ialah orang yang disegani di kampong ini.
Dengan cita-cita yang begitu besar dan sokongan padu daripada beberapa orang teman setia beserta kerjasama dari semua penduduk kampong, maka pada tahun 1946 wujudlah sebuah sekolah rakyat dimana beliau sendiri menjadi pengasas. Mulai dari hari itu sekolah ini di panggil Sekolah Che Ismail.
Pada peringkat awalnya bangunan ini dibina dari bahan-bahan kayu bulat, beratapkan nipah dan berdinding buluh yang didirikan secara bergotong-royong.
Bilangan pelajar pada masa itu adalah seramai 20 orang dengan tenaga pengajarnya Ustaz Nor Azhar bin Abdul Ghafar. Beliau telah bertugas sebagai guru besar yang pertama (1946 – 1950). Kedua-duanya telah diberi sedikit ganjaran oleh Che Ismail bin Mamat bersumberkan kutipan zakat dari orang-orang kampong.
Pada 1hb Januari 1956, sekolah ini telah diterima sebagai Sekolah Bantuan Separoh Kerajaan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan bersempena nama dan mukim di daerah ianya dibina.
Pada 1hb Mei 1966 sekolah ini telah diterima sebagai Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Pengerusi pada masa itu ialah Che Ismail bin Mamat telah menyumbangkan sebidang tanah seluas 2.5 ekar sebagaimana disyaratkan.
Pada 19hb Mac 1969 Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khir Johari selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu dalam satu upacara yang penuh gemilang.
PENTADBIRAN SK PAUH SEMBILAN
1.En Azhar b Ab Ghafar - (1946-1948)
2.En Yusof b Awg Kechik - (1949-1950)
3.Tn Hj Zakaria b Taib - (1951-1953)
4.Tn Hj Mohamad b Abdullah - (1954-1965)
5.Wan Ismail b Wan Sulaiman - (1966-1984)
6.Tn Hj Yusoff b Ismail - (1985-1987)
7.Tn Hj Mohd Yusof b Hussin - (Jan 1988 - Mei 1988)
8.Tn Hj Yusoff b Ismail - (Jun 1988 - 1997)
9.Tn Hj Zakaria b Hamad - (1998-Jun 2000)
10.Tn Hj Che Soh b Che Leh - (Julai 2000-2003)
11.Tn Hj Mohamad b Mat Ariff - (2004-14 Jan 2008)
12.En Mohd Nuri b Awang Lah - (2008 hingga sekarang)

0 ulasan:
Catat Ulasan